Thursday, 28 March 2013

Bunga Gantung

Bunga Gantung

Bunga telur jenis gantung adalah satu lagi jenis bunga telur yang femes.

Tapak pahar bagi bunga jenis ini tak sama dengan bunga telur lidi.

Kalo kene gaya, bunga jenis ni sgt cantik dijadikan bunga pahar.


Berikut cara buat bunga gantung versi diri sendiri..hehe :p



1- sediakan komponen asas

contoh : bunga, riben, organza & penggantung.


2- lekatkan bunga pada penggantung menggunakan pelilit 



3- tambah riben-riben



4- tambah organza



5- akhir sekali, tambah aksesori tambahan



hasilnya.....





sekian...terima kasih. :D


Tuesday, 26 March 2013

Bunga Rindu

Bunga Rindu


Hari ni saya nak perkenalkan satu lagi design bunga telur. 
iaitu bunga rindu..




Bunga rindu ni adalah jenis bunga foam.

Lapisan kelopak bunga dicantum satu2 guna gam
supaya membentuk sekuntum bunga. serius leceh..

Untuk jadikan bunga telur / bunga pahar, 
hias dengan riben dan organza.


..:: hasilnya ::..



kalo susun dalam bakul, akan jadi camni




dah macam taman bunga.. hehe  :D

senang nak bagi tetamu yg hadir, selain nampak sangat cantik.





Monday, 25 March 2013

Bunga Kasih


Bunga Kasih

Bunga Kasih ni unik dan ekslusif.. 

jarang sangat2 dapat jumpa kat kedai2 bunga. 


kod : bunga kasih
harga : RM 3.00 / batang
*harga tidak termasuk kos penghantaran
*warna bunga boleh tukar ikut kehendak pelanggan


kalau ade pun, kebiasaannya harga memang agak mahal, sebab proses pembuatan bunga jenis ni agak rumit.

kene gulung2 kertas, pastu kene anyam2, sampai jadi bunga camni.


bagi sesiapa yang berhajat nak  bunga telur cmni tapi xtau mane nak cari takpun xde mase nak buat sendiri, mari la tempah dengan saya =)







Bunga Kejora

Bunga Kejora 



kod : bunga kejora

sesuai buat bunga pahar


Bunga Telur ke Bunga Pahar?

Bunga telur memang sangat terkenal dalam majlis perkahwinan orang Melayu

Pada umumnya, ada dua istilah yang sering kita dengar iaitu bunga telur dan bunga pahar.
Bunga telur tu biasanya merupakan kuntum bunga yang diikat cantik beserta telur. Bunga telur ni orang bagi masa majlis perkahwinan sebagai buah tangan.
Bunga telur akan dipanggil bunga pahar bila bunga  telur dipacak pada pulut kuning, tak pun tapak pahar dan diletakkan di kiri dan kanan pelamin pengantin. 
Dalam adat Melayutelur yang terdapat pada bunga telur mewakili kesuburan yang dianggap sebagai mendoakan agar pasangan tersebut subur dan mendapat zuriat dalam masa terdekat. Amin...

Bunga pahar biasanya digubah mengikut warna tema majlis persandingan tersebut. yela..supaya seragam warna dengan pelamin..baru la cantik.
Macam-macam design bunga pahar ada. tinggal nak pilih je. Boleh beli dari kedai pengantin tak pun tempah pada orang perseorangan. Kalau rajin and ada masa terluang, boleh buat sendirik. lagi jimat kos.
Harga pulak bergantung pada rekabentuk. Ade yang murah dan ade yang mahal. Yang penting, bajet pengantin tak lari..hehe. 
Sekarang, telur dalam bunga telur diganti dengan gula-gula atau barang-barang lain seperti minyak wangi sebab nak jimat masa dan kos. lagipun benda-benda tu lebih tahan lama berbanding telur rebus. Kan? =)



 sumber : wikipedia