Bunga telur memang sangat terkenal dalam majlis perkahwinan orang Melayu.
Pada umumnya, ada dua istilah yang sering kita dengar iaitu bunga telur dan bunga pahar.
Bunga telur tu biasanya merupakan kuntum bunga yang diikat cantik beserta telur. Bunga telur ni orang bagi masa majlis perkahwinan sebagai buah tangan.
Bunga telur akan dipanggil bunga pahar bila bunga telur dipacak pada pulut kuning, tak pun tapak pahar dan diletakkan di kiri dan kanan pelamin pengantin.
Dalam adat Melayu, telur yang terdapat pada bunga telur mewakili kesuburan yang dianggap sebagai mendoakan agar pasangan tersebut subur dan mendapat zuriat dalam masa terdekat. Amin...
Bunga pahar biasanya digubah mengikut warna tema majlis persandingan tersebut. yela..supaya seragam warna dengan pelamin..baru la cantik.
Macam-macam design bunga pahar ada. tinggal nak pilih je. Boleh beli dari kedai pengantin tak pun tempah pada orang perseorangan. Kalau rajin and ada masa terluang, boleh buat sendirik. lagi jimat kos.
Harga pulak bergantung pada rekabentuk. Ade yang murah dan ade yang mahal. Yang penting, bajet pengantin tak lari..hehe.
Sekarang, telur dalam bunga telur diganti dengan gula-gula atau barang-barang lain seperti minyak wangi sebab nak jimat masa dan kos. lagipun benda-benda tu lebih tahan lama berbanding telur rebus. Kan? =)
sumber : wikipedia
No comments:
Post a Comment