Tuesday, 30 April 2013

Bunga Telur Hijau



hi readers!

kali ni saya nak tunjuk satu lagi bunga telur. 

bunga telur ni hasil kerja tangan saya.

bunga telur kali ni warna hijau.

bunga telur ni digunakan sabagai hantaran bunga pahar dalam 
satu majlis nikah baru-baru ni.

menggunakan bunga yang berkilatkilat (kilatkan guna perada hijau), 
saya tambah dengan organza hijau dan putih.

tu untuk bagi variasi warna yang kontra. 
kalo hijau sume, kurang pulak serinya kan.

lepas tu tambah lagi manik-manik bulat sebagai hiasan..

layan la gambar serba sedikit ni ;)














Tuesday, 23 April 2013

Doorgift tuala muka




kalau pergi kenduri kawen, mesti nak jugak dapatkan 
doorgift atau cenderahati yang disediakan untuk tetamu  kan?

 kalau xdapat, sanggup kot pergi jumpa tuan rumah 
or pengantin supaya dapat jugak. hehe

cenderahati tu memang salah satu pemberian yang 
membuatkan majlis lebih bermakna.

sekarang, macam2 jenis cenderamata ada kt kedai. 
tinggal sediakan duit je.

tapi ade certain cenderahati tu macam xberapa boleh guna.
bunyi macam xbersyukur pulak. orang dh bagi, banyak songeh. huuhu. 

oleh itu rakan2 sekalian, pilihla barang2 yang 
lebih bermanfaat untuk wat doorgift kawen korg.


contohnye, macam ni.. hehe


tuala lollipop !

yang ni kalo nak bagi kat semua tetamu, memang best sangat2.

tp kalau bajet xbanyak, bagi la pada kawan2 rapat. 
mesti diorg suka punya la.

puas hati kalo pergi kenduri, dapat bawak balik tuala muka selai.  =)




nak ke? hihi.

jemput jenguk bunga tangan  =)

Bunga tangan


Pos kali ni adalah bunga tangan.

Bunga tangan ni biasanya digayakan oleh pengantin 
semasa majlis nikah or bersanding.

 Fungsi bunga tangan ialah memberi impak penampilan 
yang lebih menarik selain menambah seri pengantin.

Bunga tangan ade macam2 jenis. Ade jenis rekaan bebas, 
susunan bulan sabit, bentuk bulat, titisan air mata dan lain2. 

Ade juga rekaan unik bunga tangan yang dihasilkan menggunakan 
dawai, kain renda, batu kristal, manik, brooch dan aksesori lain.




Berikut gambar bunga tangan yang saya hasilkan baru2 ni =) 




saya menggunakan bunga jenis foam. kesannya, bunga tangan 
tu nampak lebih segar dan cantik berbanding bunga plastik.

warna tema adalah ungu, jadi saya gabungkan 
bunga cream dengan bunga ungu bersama. 
hasilnya memang cantik. 

saya tambahkan sari bunga2 kecil berwarna merah jambu 
untuk bagi kesan warna yang lebih baik.

riben yang terjuntai membuatkan bunga tangan nampak  macam eksklusif.
kononnye.. hehe.




terima kasih =)

p/s : nak tengok contoh doorgift? klik sini

Bunga Gantung yang Tergantung



Jom tengok gambar bunga gantung 
yang telah digantung pada penggantungnya.


Haritu saya ade tunjuk sedikit cara2 nak buat bunga gantung ni di sini.


Bila dah dapat buat banyak-banyak, 
dan digantung pada pahar, jadilah macam ni..





kasi zoom siket.




tq sudi baca post ni =)

Thursday, 4 April 2013

Bunga Gantung Manik

Bunga Gantung Manik


Pernah tengok tak bunga manik?
Bunga manik tu asal dari biji-biji manik, 
diikat-ikat, digubah-gubah, 
jadilah kuntuman bunga.

Oleh sebab manik ade macam2 bentuk dan warna dan saiz,
makanya berjenis-jenis la rekabentuk bunga yang boleh terhasil.

Kerja nak gubah bunga manik ni leceh. 
Nak ikat sebijik-sebijik sampai dapat sekuntum.
Serius kene sediakan masa yang banyak.

Satu lagi, sabar. Tersalah ikat la, manik hilang la. 
Macam2 lagi la. Kalo tak sabar, memang campak kat laut...




Tapi bile dah siap, mmg cantik.
Tambah la riben ngan organza.

Jangan lupe tambah sarung telur.



Yang saya buat ni guna manik warna ungu, 
riben n organza wane pink.




Sekian.. =)