Tuesday, 23 April 2013

Bunga tangan


Pos kali ni adalah bunga tangan.

Bunga tangan ni biasanya digayakan oleh pengantin 
semasa majlis nikah or bersanding.

 Fungsi bunga tangan ialah memberi impak penampilan 
yang lebih menarik selain menambah seri pengantin.

Bunga tangan ade macam2 jenis. Ade jenis rekaan bebas, 
susunan bulan sabit, bentuk bulat, titisan air mata dan lain2. 

Ade juga rekaan unik bunga tangan yang dihasilkan menggunakan 
dawai, kain renda, batu kristal, manik, brooch dan aksesori lain.




Berikut gambar bunga tangan yang saya hasilkan baru2 ni =) 




saya menggunakan bunga jenis foam. kesannya, bunga tangan 
tu nampak lebih segar dan cantik berbanding bunga plastik.

warna tema adalah ungu, jadi saya gabungkan 
bunga cream dengan bunga ungu bersama. 
hasilnya memang cantik. 

saya tambahkan sari bunga2 kecil berwarna merah jambu 
untuk bagi kesan warna yang lebih baik.

riben yang terjuntai membuatkan bunga tangan nampak  macam eksklusif.
kononnye.. hehe.




terima kasih =)

p/s : nak tengok contoh doorgift? klik sini

No comments:

Post a Comment